Wednesday, 25 May 2016

Dah boleh stop usha kot.

Assalamualaikum and Hi,

Today im sooooo happy because got surprised from my cousin. Which one ? Ehh of course la yang tengah study dekat Ireland sana tu. Dia je yang rajin belikan i itu ini.

Semalam, ada selisih dengan mami dekat jalan then angah cakap sebelah mami tu cousin kita then kita ckp la ehh mami tak ckp apa apa pon masa whatsapp tadi.

Rupanyaaaaa dia nak buat surprise. Ptg tadi time tengok tv tetiba ada BMW mami sampai. (Yang kenal, kenal lah BMW mami tu mcm mana rupa dia). Hahaha. Pastu kita sambut dekat pintu and yes cousin kita tu ada sekali. Tup tup tengok dia tengah peluk things and terus pas dekat kita.

Kita tanya, ape ni (padahal dah nampak dekat kotak tu tulis apa) alaa tapi kena la acah acah tanya kan sbb terkejut dia bagi hadiah.

Kita terus simpan dekat meja tepi bilik tu then masa borak borak mami suruh kita buka and tengok kena tebuk lubang tak tali tu. Then masa kita buka Ya Allah kita happy sangaaaaat sbb jam ni la yang kita duk ulang keluar masuk kedai janda dekat Bahau tu. Kita dah lama nak beli tapi duit tak cukup sbb penganggur ni kena pandai bahagikan dan gunakan duit. Hehehehe

Kita ckp dekat diorang, cantik ! Finally I got it. Ya Allah, dah lama nak beli jam baru and jenama Fossil lastly dapat juga. Seronoknyaaaaa. Lepasni boleh dah stop keluar masuk kedai janda tu usha jam ni. Hehehe.

Yes, she bought it at Dublin and of course harga dia lagi mahal sikit dari Malaysia kan ? Syukur sangat. Boleh dah gunakan duit utk beli jam tu kepada beli handphone baru. Tapi tulah, handphone ni susah sikit. Tak suka beli mahal sbb kita suka main campak campak then tak boleh nak ikut trend. Yelah, nanti kalau beli model yang ni, pastu mesti ada model lagi baru yang keluar. Better kita saving utk pergi travel dgn kengkawan. Hahahaha.

Ehh, lupa nak cakap. Besides jam, kita dapat juga set mandian from Ireland dan tak pernah tengok pon dekat sini sebelum ni (ehh tak tahu la ada tak kat KL sbb kita tak pernah usha pon) tapi seriously wangi nak mati.

Thank you cousin. You tak pernah lupa nak belikan i something kan. Yang kalini kekononnya hadiah sbb kita dah grad. Tapi hadiah hadiah sebelum ni pon you ckp hadiah grad. Hahaha. Confuse kita.


So, please dont stop bagi kita hadiah. Even kita dah kerja pon taaaau. You kan doctor, nanti gaji confirm masyukkkk. Hahahaha. Anyway, thank you so much. Penuh dah almari dgn hadiah dari Ireland. Hehehe

Saturday, 21 May 2016

Purple is Ungu

Assalamualaikum and Hi,

Sebenarnya kita dah lama perasan banyak benda dekat anak murid yang datang tusyen dengan kita. Tak tahu lah, maybe budak zaman sekarang lagi edvance KOT.

Bukan ape, haritu kita pesan dengan anak murid kita kalau datang tusyen bawak kamus. Dia jawab ok. Then, bila hari kejadian kita mintak dia keluarkan kamus untuk cari maksud. Tapi dia keluarkan henfon diorang. Kita tanyalah, mana kamus korang ? Dia ckp dalam ni *sambil tunjuk fon*. Ya Allah, kita suruh dia bawak kamus, dia boleh pula bawak google translate. Dia ingat, google translate tu betul sangat ? Kita baca kekadang dah macam ayat bangla je susunan dia. Nak marah tak sampai hati. Bebel je lah mampu. 

Selain tu, haritu kita ajar anak murid kita Tahun Satu tu pasal colours. Then kita sebut in english, diorang kena sebut in Malay. 

Blue, biru.
Green, hijau.
Red, merah.
Yellow, kuning.
Pink, pink. 
Purple, purple. 


Whaaaaaat ?! Purple is purple ? Kita tanya dia, are you sure ? With confidently they said, yes. Ya Allah my student is advanced than meeeeee. Dulu cikgu masa sekolah susah nau nak ingat ungu in english is what. Diorang ni terbalik. Susah nak ingat in Malay. Ke diorang ni kat rumah speaking english among their families ? Hahaahaha. *fikir positif*. 

Friday, 20 May 2016

Dah tak jadi Cikgu ada ke yang bagi hadiah ?

Assalamualaikum and Hi,

Demam Hari Guru tak kebah lagi. Kita first time sambut alang alang tu sambut seminggu la kan. Tapi kita dapat ke hadiah ? Sbb kita bukan cikgu lagi dah. Dah lama pencen. Hahaha

Of course la masa 16 Mei haritu kita tak dpt hadiah sbb kita dekat rumah and siapa je yg ingat kat Cikgu Amalina dia ni lagi kaaaaaan ? *emo*

Tapi Alhamdulillah ramai juga kawan yang wish kat kita Happy Teachers Day through whatsapp. Bangun pagi tengok dah berderet whatsapp wish teachers day. Thank guyssss ! I is terharuuuuu. Tak kira, kawan dari sekolah rendah sampai laaaa ke kawan degree. Sweet ahh korang.

Pastu harini kan Jumaat. So macam biasa budak akan datang tusyen dekat rumah kita ni. Masa devide kerja and latihan tu tetiba students kita keluarkan hadiah dari bawah meja. "Nah cikgu". Wuwuwuwuwuuwuw kita terharu sekali laaaagi. I just say thank you and acah acah tanya "kenapa tak bagi masa hari Isnin haritu ?" Pastu diorang ckp Cikgu Amalina busy. Ehhh ??? Hahahaha

Dah habis tusyen, kita tengok tv sensorang. Pastu ada whatsapp dari no tak kenal masuk. Ckp esok nak dtg kasi hadiah. Weehhh, lagi buat kita terharu. At least ada jugaaaa yang ingat dekat kita. Hihihihihi

Tapi satu je buat kita sedih. Next year mesti dah takde orang nak bagi kita hadiah lagi dah. Wish pon mungkin dah takde. Hmmm takpelah nak, cikgu tak kesah pon. Asalkan korang manfaatkan ilmu yang cikgu bekalkan tu yee. 

Anyway, thank you guys for the wishes and hadiohh. I appreciated sesangat.