Assalamualaikum and Hi,
Haritu, aku dengan 9 orang lagi kawan aku pergi bermandi manda dekat Tambun. Then, minggu selepasnya tu aku dengar ade some of classmates aku nak pergi jugak. Diorang ade la tanya tanya aku bape harga semua. Maybe diorang 1st time pergi macam aku kot.
K, camni. Meh aku citer sikit pasal vocation yang bagi aku sangat superb sepanjang aku duduk Perak nih. hehe. Actually, kitorang plan nak pergi Tambun ni lama dah. Masa cuti sem lagi. Pastu, aku ajak la kengkawan aku yang lain. Memula satu kereta je, pastu bincang bincang ajak orang itu itu tup tup jadi la 2 kereta. Satu kereta sewa and satu lagi kereta kawan Lili roomate aku.
Kitorang gerak keluar UiTM awal gak la macam dlm pukul 8.30 camtu. Pastu lepas dapat kereta kitorang g breakfast dekat mamak sementara tunggu kawan kitorang lagi satu kereta tu. Lepas sarapan and isi makan semua, dalam kul 10 camtu kitorang pon gerak la ke Tambun.
Yang paling lawaknya, even semua yang pergi tu orang Perak (kecuali aku dgn Dayah), tapi kitorang still sesat. haha. Sebabnya nak anta Dayah ke JJ tapi tak jumpa pon JJ nya. Yang kitorang jumpa GM. So, terpaksa la Dayah duduk GM tu sementara kitorang g mandi.
Kitorang sampai sana dalam kul 12 pastu beratur beli tiket masuk. Harga sebenar RM 48 tapi kitorang guna kad discount terus dpt 15% potongan harga. Tapi tak tau la lepas tu ade lagi tak potongan sebab masa kitorang pakai gelang masuk tu ade tulis 'promo' means promotion kot time tu.
Kitorang snap gambar kejap kat dalam tu pastu terus masuk tukar baju. Tapi masalah dekat sini adalah everything mahal. Locker simpan barang tu pon RM 10. fuhhh ! Kayap gua wehh. haha. Lepas semua dah tukar baju, kitorang mula la aktiviti mandi manda kitorang. Memula tu kitorang plan tanak mandi dengan bebudak lelaki tapi lastly, diorang la yg guide kitorang ke sana sini. haha.
1st game yang aku naik adalah gelungsur yang selekoh selekoh tu. Aku naik dgn Lili. Baru sekerat dah jerit sakan aku. Gila penakut kau Mal. Alaa, lantak la. Sukati aku la, suara aku. Pastu aku naik gelungsur yg lurus tapi dah naik atas dia undur balik tu. Ntah ape tah nama dia. Haaa, yg tu aku tak jerit sangat. Cuma sikit je sebab takut tersangkut kat atas tu. haha
Pastu kitorang g naik roller coster (tah camne eja dia pon aku tak tau) yg laju nak mampus tu. Haha, time ni aku gegedik jerit kekuat sampai kawan Lili jerit suruh diam. Ehh, hello. Bukan aku takut ehh cuma bg aku tak syok kalau tak jerit.
Lepas naik ketapi tu, kitorang naik buaian yg kembang tu, then naik kapal besar. Kecut perut aku bak hang naik benda alah tu. Rasa perut tinggal kat atas je time tu. haha. Lepas tu kitorang g Petting Zoo. Banyak gak la haiwan dalam tu. Pastu, kul 2 lebih kitorang g tengok rimau makan. Ni kira Tiger Feeling Show camtu la. Abis tu kitorang siap siap mandi nak balik pergi main bowling pulak.
Tapi malangnya, kitorang satu kereta tak jumpa mana JJ, and lagi satu tu jumpa. Ni gara gara berpisah time isi minyak la nih. Terus sesat, haha. Last last kitorang makan dekat Bandar U. Habis citer.
So, bagi korang yg nak pergi tu kan, kitorang bajet dalam below RM 80 la. Tu pon sebab kitorang sewa 1 kereta je dgn minyak sikit. Makan pon makan kat luar biar murah sikit. hehe. Copppp, nak pesan sikit. Kalau korang nak naik gelungsur semua tu kan, korang tak leh pakai seluar track shut lelagi yg ade zip tu. Korang kena pakai seluar ala ala legging tu pastu pakai baju labuh sikit tutup asset kita bahagian belakang tu. hehe
That all from me. Kalau ade pape tanya terus kat orang Lost World tu k. haha. Kat bawah ni ade sikit gambar kitorang kat sana. Tak banyak pon sebab kitorang simpan camera time mandi. Kalau nak beli gambar dari diorang mahal gila weh. Gua tak mampuuuuu. hehe.


No comments:
Post a Comment