Ingat lagi tak previous post aku ada cakap nak share macam mana interview guru ganti aku berjalan ?
Hari Jumaat tu sebelum aku ke Melaka, aku singgah la sekejap dekat PPD dan berjumpa dengan Puan Rozita. Masa sampai tu, diorang semua dekat dewan tengah meraikan Majlis Perpisahan ke ape tah tapi lebih kurang mcm tu lah. Pastu aku terus ke kaunter pertanyaan tu, Encik tu tolong panggilkan Puan Rozita.
Kemudian, aku di bawa ke dalam satu bilik untuk temuduga. Bilik tu kecik je. Muat dalam 4 orang mcm tu. Pastu, Puan Rozita tu minta file sijil sijil original aku sebab dia nak tengok pendidikan aku ni betul ke budak diploma. Haaaa lebih kurang mcm nak tengok kesohihan la. hahaha
Lepas tu Puan Rozita tu minta aku kenalkan diri. Silap aku, aku terpegang pen dekat tangan. So, paham paham la kalau tengah nervous aku buat ape dengan pen tu kan ? Tup tap tup tap hahahaha.
Lepas tu, yang mencabar sikit bila soalan "macam mana cara awak nak ajar murid sekolah rendah ? Macam mana cara nak deliver PnP tu ? Contoh topik penjodoh bilangan. Macam mana nak tarik perhatian students supaya dengar cakap awak ?"
Bagi aku, tu agak critical thinking juga la. Sbb tak pernah mengajar and dah lupa macam mana cikgu sekolah rendah dulu ajar aku mcm mana. Yang aku ingat cara macam mana pensyarah aku ajar dalam kelas. Masuk - cakap cakap - bagi assignments - bagi tarikh kuiz - bagi tarikh submit itu ini - keluar. Takan aku nak bagitahu Puan Rozita tu mcm tu kan ? Elok elok dapat kang terus dia suruh aku balik. Kesudahannya, aku cakap je ape yang terlintas dekat fikiran walaupun kekadang macam tak logik tapi at least aku bercakap. hahahaha.
Lepas dah sudah interview, Puan Rozita bagi aku satu surat tawaran dan dekat dalam tu semua details lengkap. Pastu dah dapat surat tawaran tu, pergi la balik ye. Takyah tunggu lelama. hahaha. Tapi jangan lupa ucap terima kasih sebab dah permudahkan urusan kita.
So, Isnin next week tu aku pon start la mengajar. Nak tahu mcm mana pengalaman aku mengajar ? Ramai yang tengok gambar aku post dekat Instagram tu mcm best je kan jadi cikgu ? hahaha. Tunggu next post ye.
secara kebbuatetulan saya mencari berkaitan guru ganti... saya tejumpa posting ini..so buat apa sekarang? dah kerja? semoga dipermudahkan urusan
ReplyDelete